Thursday, May 21, 2009

Langkawi Trip Part 3

Hari ke3 di Langkawi penuh dengan aktiviti shopping je. Kalu nak g island hopping memang tak kan sempat punye la. Lagipon dengan si penakut Dania ni kitorang takut je kang tak pasal2 si kucil ni mengamuk takut dengar bunyi bot. Memandangkan coklat, kain batik, kain pelekat dan sudu yang mil kirim satu pon tak beli lagi jadi pagi2 lagi dah pegi ke kedai Haji Ismail Group untuk memborong. Duh! Kali ni memang ter over spend. About Rm 500.00 ++ jugak la. Masa nak beli tu memang dah tak hengat. Nak wat cane aku memang sukaaa ngan coklat. Apa2 coklat yang pelik confirm aku rembat. hahaha...tapi sebenarnya untuk diri sendri makan tak de la banyak mana pon. yang jadi banyak sebab nak bagi kat mak sedara, jiran sebelah, budak opis & etc. Jiran tu wajib bagi sebab auntie tu dah tolong2 tengokkan umah kami. Sepanjang aku duk memilih coklat tuh, aku pass je Dania kat budak2 salesgal yang rajin melayan dia. Senang! Kalu tak Dania akan buat hal. Ada je coklat yang dia capai. Bila kita mintak dia tak moh bagi. Kalu rampas menjerit sampai satu kedai bole dengar. haaiih...

Owh! by the way masa duk beli coklat2 nih, aku terserempak dengan kawan lama masa kat UM. Nama dia Shahnaz. dah kawen pon. tengah preggy untuk no.2. dia skang keja kat kementerian luar bandar. menjaga kebajikan orang miskin. owh...mulianya! datang Langkawi pon sebab outstation untuk jenguk2 golongan yang tidak bernasib baik.

Dania is having her own fun at our apartment. Macam2 hal Dania wat.

Lepas memborong coklat, kitorang makan dekat2 dengan Eagle Square. Sebut tempat helang tu, kitorang tak pegi pon. Dengan cuaca yang sangat panas dan Dania plak aritu dah nak dekat balik merengek semacam jadi kitorang tak jadi nak pegi. Makan tengahari spend dalam Rm 12.00. Tadi aku ada bagitau yang kitorang borong coklat kan? Nak tau apa jadi? Coklat2 tu sume suda tidak muat beg. Terpaksa la patah balik ke kedai dan cari beg yang seswai untuk muatkan coklat tu sume. Spend dalam Rm 79.90 untuk beg yang sederhana besar.


Selesai beli beg, kitorang pegi ke Look Out Point. Nak ke tempat ni pon kena naik bukit. Jalan dah sedia ada tapi agak mencabar bagi aku sebab kena dukung Dania yang tdo kepenatan. Pic banyak tak cantek sebab Dania tdo jadi sangat la limited untuk bergambar. Lagipon mood nak bergambar dah tak de. Amek je la apa yg rasa2 best untuk jadi kenangan. Itu je la aktiviti kitorang untuk last day kat Langkawi.








Yes...dah sampai akhirnya! Dania hepi je tgk aeroplane.





No comments: