Friday, December 26, 2008

Fly with a round bed~~

Sejak akhir2 ni my hubby selaaaalluuu la lambat sangat pick me up at LRT station.
Jadi sambil tunggu dia, saya plak suukkaa habiskan masa dengan belek2 majalah ID.(sampaikan mat bangla newsplus tu dah cam muka saya n siap sound lagi kalu tak singgah...hik hik hik)
Need some fresh ideas for home design since we are planning to buy our own home. Talking about buying home, hmmm...duh...susah nye nak decide mana yang better. Lagi2 kalu nak pk pasal location. Forget bout it. It is a huge decision so I think it will take a time and a long long long way to go. Later we talk bout it.

From my belek2 tuh, I found dis... Yes, it's a round bed.
I like the design since I love to deco my dream house in mode and traditional style.



Cantik kan? hehe...how bout dis one...


Rasa seperti duduk dalam sebijik telur. hehehe...


Dis one sooo luvly lullably rite? Imagine my lil princess sleep in a pinky round bed. hihihi...


Comel kan? Cam belon.

Ooohh...ada gak yang floating round bed. kira bole jadi buai aar. hehe...fantastic kan?



http://www.floatingbed.com/images/JoLMalibu700.jpg

Yang atas ni kalu size kecik bole letak kat indoor garden. Sambil berangan2...hehe... tak pon letak dalam library room ke. jadi tak de la rasa cam library sangat. The tag for this floating bed is "Like being in a cloud...and gently rocked to sleep". Ya. itu lah perasaan yang saya inginkan.hehe...


Wednesday, December 24, 2008

Lunchie at Nikko Hotel

Alhamdulillah rezki kami hari ini murah. Mr. Yamad* dengan baik hatinya belanja kami kat Benky Japanese Restaurant, Nikko Hotel. Only 7 of us. Our GM couldn't join us becoz he need to attend his medical appointment. Tak de bos jadi bole borak n sakat orang sesuka hati. Cam besa kami order set. Tapi kali ni really dissapointed. They increased the price and reduced the food variety. WTH??. Tempura dah ilang. Pastu raw salmon pon dah tak de. Too bad. So apa yang japanese sangat nye kan? our previous visit dulu punye la penuh set tray tuh sampai boyot perut kami.

Dah agak2 cam nak balik tuh, waiter tu ringan mulut tanya nak order dessert ke. So kami pon order la 3 skup aiskrim dan 1 mango pudding without tengok rega OK. Kendian Miss TPY plak murah hati nak belanja kami kek strawberry cheez. Yummmyyy!!!

K dah siap makan. Pastu tunggu bil. Then bila dapat bil tu memang tergezut gla aar caj utk aiskrim and pudding tu. perghhh...mahal gla beb.

Tu tak pe lagi.

Saya pon ambil kesempatan beli apa2 yang patut kat The Deli. Since christmas is around, the choices of cake is very lesser than normal days. Juz bought blueberry cupcakes. Saja je nak try taste. Lagipon 50%.hehe...

sampai opis Miss TPY mintak potong lagi kek dia bagi sume orang rasa untuk bawak balik. cheez cake again?!! double yummmyyyy!!!

taaaapppiii...bila bukak je balik box tuh. rasa geram jek. kek yang tinggal tu npk sikit sangat.
bila ingat2 balik kepersegian cake yang kami makan 10 minit lepas tuh, rasanya tak de la sebesar yang waiter tu potong. ciiiss...we suspect derang amik skit. dan lagi nampak ketara strawberry yang atas cake tu pon derang cilok.

so...

Lesson 1:
Don't simply order without checking the price. Gila tak 1 skup=rm17++. Eventhough orang belanja tapi rasa bengang la sebab dengan rega total tu baik order one set main dish. huhuhu...

Lesson 2:
Better cut by urself rather than ask their assistance to avoid your cake kena curik makan by them.

p/s: sorry no pic coz we forgot to bring our Lumix.

Monday, December 22, 2008

Hoho...Balik kampung Part 2

Rabu
See the above pic? Betapa syyyiiookkknye Dania tdo. Dania ni mood tdo dia memang bole diagak. Asal hujan dan sejuk je confirm dia tdo berjam2. hihihi...ada ke dia tdo jek sepanjang cuti balik kampung. ye la masa raya haji tu kelantan sedang bermusim hujan. Sampaikan nak berjalan pon dah tak de mood.


Hari Rabu kami menghabiskan masa kat rumah jek. Malas nak jalan. Konon2 dah penat beraya aar. heehe...Plan macam2 tapi satu pon tak buat. Konon nak melawat sedara sana sini last2 tak jadi gak. Well...kami dah hampir putus asa nak berjalan2.

Khamis
Pagi2 lagi my mom dah bangun dan masak sarapan. Sume dah ready nak ke Pengkalan Kubor except me, dania dan nurul. I decided not to go because the place was not so convenient for shopping with 6 months old baby. My hubby already knows the list. Well, tips for those yang ada kenal2 any pegawai kastam, u better kow-tim dengan derang. Jadi tak de la kena cukai. Since abah penah keja kat sana, dan my mom pon kenal gak kengkawan abah jadi senang la skit. Bila pegi sana dengan pegawai kastam dapat la sikit diskaun.hehe...as usual, my makcik2 sume pon join skali. derang cukup suka sebab setahun sekali kan. Our shopping list is pinggan mangkuk arcopal dan towel. Cukup kot untuk tahun ni. Raya tahun depan bole borong lagi. Insya-Allah. Balik je dari Pengkalan Kubor, my hubby ngadu betapa tak puas nya shopping. hihi...sian. Nak wat cane gaji tak masuk lagi. Dia cakap banyak la barang2 yang dia tak dapat beli. My MIL pon tumpang sekaki. Tapi apa yang ada je la kami belikan.

Petang plak kami bersiap2 ke rumah Mek belah hubby nye Mak Ngah. saja melawat dan sembang2. Mek ni suka menjamu. Dapat la merasa satay daging korban. rajinnya buat satay sendiri. Lepak sampai maghrib pastu pegi umah Mek Sah plak. nak jumpa kak Nun. hoho...Adam dah besar. Pandai cakap plak tuh. Borak kejap pastu tengok Dania dah meragam kami pon mintak diri. On the way back kami intai2 la gerai air buat kat Kadok tuh. Ciss...tutup laaagiii!!!. Geramnya la. Tensi jek. Tak pe la tak de rezki.


Jumaat
Hari Jumaat besa banyak kedai tutup. Jadi tak de la ke mana2. Malam baru kami berjalan. Ke mana lagi kalu tidak ke Wakaf Che Yeh. Agak lewat gak kitorang gerak. Saja jenjalan. Belikan itik untuk Dania and me kain untuk buat baju kurung. My hubby plak bz tunggu kedai bundle bukak. Bila tengok jam dah lewat dan kami plak blom makan lagi, terpaksa la balik awal. Tak dapat la my hubby nak beli baju bundle dia. sian...

Sabtu
Selamat Pengantin Baru buat kak Elina n hubby.
Kak Elina ni anak mak long saya. apa nak tulis ekk?
Dah tak de idea la. Tengok je la ye pic kat bawah. banyak gak pic yang kami capture.
Tapi my hubby sangat la tak bersemangat nk amik pic. dat's why kalu u ols pasan ada pic tu pelamin senget benget.huhu...




Harris(my 3rd youngest cousin) yang manja. Muka dia cam ada iras Alif masa kecik.

Nurul, kak Elina dan Mira

Jeles sih ngan pic ni. nape la bila Dania bergambar ngan Ummi tak penah2 nak tgk depan. Tapi bila dengan cik nurul dia, bukan main posing lagi

See? Dania melantak tdo masa orang kecoh kenduri

Yeah...saya dah bangun. Yippiee!!!

Mek dengan anak2 perempuannya dan pengantin

Kami dan Pengantin

Sebahagian dari cucu2 Mek. Sian Dania. Terpenyek atas riba Athirah.

"Where am I? ooo...my my. Mana Ummi?"

"Ummi, tolong la angkat Dania. Dania tak moh kawin laaaagiiii laaaa!!!"

Nelly yang comot. She has same title with Dania as a cicit in our family tree.

Note 1: Really frustrated. The whole week our fav kedai air buah kat Kadok tu tutup. Hiss...ni yang tak suka dengan bisnesman pokcik n mokcik kat Kelate. Asal raya je kedai tutup. Tensi sungguh!

duh...this post is like an album. heehehe...

Wednesday, December 17, 2008

Hoho...Balik Kampung!!! Part 1

Salam sume...

Baru la ada masa dan mood untuk bercerita pasal Hari Raya Haji.

Plan punye plan last2 balik gak kami ke Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya tak plan pon sebab cuak gak takut cuti tak confirm. Ye la seminggu tuh. Asalnya amik cuti pon sebab kena jaga Dania. My mom nak balik kampung untuk kenduri kak Elina, anak Mak Long. Jadi dah alang2 cuti lama baik balik.

Kami bertolak kul 8 am sampai Pasir Mas dalam kul 4 pm. Alhamdulillah sepanjang dalam keta Dania tak meragam. Baik je. Tdo lama plak tuh. Jalan sume clear. Tempat yang kena banjir tu masih nampak lagi kesan2nya. Abes pokok kelapa sawit ditelenggami air. Ada la rasanya sampai lutut orang dewasa. Harap2 hujan dah reda. Bukan apa takut sangkut masa nak balik nanti.

Sampai2 je cik Yah dah ada kat umah Mek. Tok ayah pon ada. Tapi Dania plak meragam. Tak moh ngan sume orang. Asal orang agah nak amik dia je nangis.

Hari Raya Pertama
Pagi2 lagi bangun tolong Mek sediakan juadah nasi kerabu hitam dia. Siap2 kan apa yang patut dan mandikan Dania. Pakaikan gaun untuk dia. Sambil tunggu Baba balik solat kami melantak dulu apa yang patut. Nasib baik la Uncle Sharul baik hati sponsor satay ayam untuk menu pagi kitorang. Perghh...banyak plak tuh. Dalam kul 10, my mom baru sampai Pasir Mas. My mom ni tak suka naik keta. Rasa2nya dah 10 tahun gak la dia naik tren bila nak balik kampung. Lepas amik dia, bagi dia berehat mandi2 kami gerak ke umah cik Yah.

Tahun ni my mom je yang buat korban. Me? blom ada rezki lagi. Sampai kat umah cik Yah orang sume dah siap korban. Tinggal nak asing2 kan daging ikut bahagian masing2. Tahun ni serius tak berbaloi. sebabnya cuma dapat daging sikit je. agaknya lembu kecik kot. rega sekilo jadi mahal plak. nak wat makan2 pon tak lepas. tak pe la may be tak de rezki nak menjamu orang. Kami makan tengah hari hasil daging korban tadi. Cadangnya lepas balik dari umah cik Yah ingat nak g umah pengantin baru, Gjol n Aniza. Tapi sang Gjol ni plak tak angkat tepon. Plus masa tu ujan lebat gla. terus cancel plan nak jenjalan.

Hari Raya Kedua
Seperti biasa kalau balik kampung mesti melawat ke umah mak aji (nenek sebelah abah). Lagipon dia tak penah jumpa Dania lagi. Kami pergi beramai2 i mean not only us but my mek and our cousin, Muis. Jadi penuh la satu keta. Sebelum tu kami ke umah Mek Sah(kakak Abah) dulu. Jumpa my cousins -Abang Long and Ramzi. Oowhh...derang sume tengah tunggu Kak Nun sampai rupanya. Maknanya kena datang lagi sekali la sebab nak jumpa Kak Nun.

Piccas during our visit:

Nurul and Dania

My mom and Mek

Mak Aji bz tengok gelagat Dania

Petang tu lepas hantar my mom baru lah kami berkesempatan melawat pengantin baru. Sian Ija. Berarak di tengah2 banjir. Abes basah baju pengantin dia. Dapat la tengok pic kenduri derang sebab album kahwin dah siap kan. Ija bukan main tembam skang. Nampak berisi. Tandanya bahagia kan. Btw, selamat pengantin baru. sori la tak dapat datang hari kenduri.

To be continued...

Happy Birthday Dania~7 months old


Ummi tolong Dania potong kek


Smile n smile alwiz hehehe...


K Dania, kita tiup sama2. haaih...Dania tak pandai tiup lagi. Tapi yang geramnya lepas tiup lilin Dania sembur air liur kat kek tuh. Apa daaa...


Kek Dania

Oowwhh...semalam birthday Dania yang ke-7 bulan. Sebenarnya tak penah sambut pon. Tapi tetiba semalam terasa nak beli kek untuk sume orang makan jadi kebetulan plak. Skang ni saya lebih suka beli kek di Nikko Hotel. Sanggup tuh tunggu sampai jam kul 6 untuk dapat 50% diskaun. hehehe...After discount serius lagi murah dari SR. Yang penting sekali fresh baked. Cuma limited choice la. Sampai2 je tinggal dua jenis cake jek. My fav strawberry cheese tak de. Yang tinggal marble cheese cake and choc cake(cake of the month). Yang kelakarnya masa nak tunggu beli tuh, ada gak orang yang join skali. Not only me yang waiting for 6pm discount! there were 2 malay guy also wanted to buy the cakes. Tapi nasib baik derang nak beli cupcake je. Kalu tak harus ada drama berebut kat situ.hihihi....Cupcakes Nikko pon looks nice. berbaloi la beli. dah le besar pastu rega after disc bole dapat rm2.50.




K cite plak hal kat umah. Sampai2 je sume dah excited nak suruh Dania tiup lilin. Ada 7 batang sumenya. Bila tengok cahaya lilin tu Dania bukan main suka. Tengok la apa jadi. Sempat Dania melibas tangan dia atas kek tu. Tak pasal2 tangan Dania penuh ngan aising kek. Uhh...Ganasnya anak Ummi ni. Lepas potong kek je Dania terus lelap. Dia memang dah ngantuk bangat. Sian dia. Penat sangat kot main ngan uncle n auntie dia satu ari.




Updates on Dania development:




;) merangkak
Dania dah bole merangkak. Tapi statik je dulu. Belum boleh bergerak ke depan. Tak pe la. Sekurang2nya dia dah berjaya mengangkat bontotnya yang berat tuh.


;) isap susu botol sendiri
Sebenarnya dah lama Dania bole pegang botol sendri. Seingat kami masa umor dia 3 bulan lagi dia memang nak pegang sendri botol susu tuh. Tapi bila dah masuk 6 bulan tu, dia dah fully pegang sendri tanpa perlu kami support. Apapun my mom tak benarkan kami biar Dania menyusu sendri sebab takut lemas.


tensi nya

sebenarnya baaannyaakk cite nk tulih kat blog taaapppiiii...
pen drive saya ada trojan. bongoknya trojan. jadi tak dapat la nak amik
pic yang saya store dalam pen drive tu. without pic sume2 tu rasa tak best kalu
nak bercerita dalam blog.huhu...

bila nak clean kan trojan tuh, try gak follow suggestion dalam blog sape ntah, tapi
tak menjadi plak.

ada sape2 yang tau ke cane nk clean up kan trojan tuh?


Wednesday, December 3, 2008

Dania in her 6th months old style

-->keselesaan
semasa pantang Dania sangat le baik. Bila kitorang nak tukar pampers je, mesti dia poo poo sampai puas(puas=penuh pampers). Jadi tak perlulah nak tukar banyak kali kan. Tapi skang ni dia dah pandai belajar erti keselesaan. Tak sampai 5 minit pakai pampers baru, Dania mula meneran poo poo. Saja je. Apsal tak poo poo sebelum Ummi tukar pampers baru haa?? ggrrr...

-->kartun n iklan
ooowhh...skang ni Dania layan iklan u mobile yang itik quack quack. Bila quack quack kepala itik tu jadi besar. Mesti staring kat tv sampai iklan tu abes. Dan lagi TV3 tu channel favourite Dania. Sebab Dania memang tunggu iklan selingan yang ada lagu na na na na. Alaa... yang ada budak2 lompat sambil pegang remote TV. Tak lupa juga pada Spongebob. Rasanya Dania ni suka ngan kaler kuning kot. Sebab itik tu kuning, Spongebob pon kuning. Suka kaler kuning tak pe. Jangan otak kuning sudah la ye.heehhe...

-->manja
part ni best. yesss...Dania sangat manja dengan Ummi. Dania dah pandai kenal mana satu Ummi dan Baba. Dan Dania dah pandai memilih. Of course la Dania nak selalu ngan Ummi. Sian Baba. Asal Baba amik je confirm tak sampai 10 minit Dania dah merengek nak dengan Ummi.bestnya. dapat le excuse kalau tak dapat nak tolong masak ke n etc (kalau balik kampung le)muhahaahha....

-->gusi yang keras
huhu...satu kesukaan Dania, suka gigit segala benda yang ada sekeliling dia. Yang tak tahan suka sangat gigit botol minyak Yu yi. Kitorang dah beli dah yang mainan khas untuk baby yang gatal gusi untuk dia gigit. Tapi Dania tak moh gigit benda tu. Yang dia nak gigit adalah benda paling keras dalam rumah tu.hohoho...

-->meramas
sejak umor Dania 5 bulan lagi suka meramas. Sampai lemak perut Ummi pon nak diramas. I hope you are not mistaken between my lemak and ur boobs, OK. hasilnya, abes ada kesan calar balar kat perut. huhu...sebab kuku Dania panjang jadi bila ramas sikit je dah meninggalkan kesan calar. aduuuiii la...

p.s best kan zaman skang ada blog. bila anak kita dah besar, agak2 nak ingatkan dia balik macam mana susah payah kita besarkan dia, senang jek. google nama terus jumpa blog pasal diri dia. ;)