Thursday, January 15, 2009

cerita minggu lepas

Duss...sampei lambat lagi ari ni. Rasa bersalah yang amat sangat sebab lately ni selalu sangat datang lambat keja. Dari minggu lepas sampai le ke minggu ni. Ini sume sebab kes Dania demam.

Dania start demam dari hari Khamis lepas. Mula2 ingat badan dia panas besa2 je. Bila petang tu g umah mama nak pick up Dania, mama cakap memang sah Dania demam. Malam tu bagi Dania makan ubat demam. Pagi Jumaat bila tengok demam Dania belum kebah, we decided to send her to clinic. Doc said her temperature is minimum and asked us to keep feed her the same medicine. Then observe for another one day. If the sickness still not cured then doc will release antibiotics. Sebab Dania masih cikenit lagi i.e baru umor 7 bulan jadi tak boleh bagi terus antibiotik.

Lepas pegi klinik terus hantar Dania g umah mama. Mama cam besa la dah siap menunggu cucu dia depan muka pintu. hehe...nenek yang sangat komited. Kami pon dah tak leh lengah2 lagi kena berkejar semula ke opis. Standard la keja swasta. Mana bole suka2 nk EL. Tapi nak wat cane muka saya ni memang muka tak malu. Selamba kodok je bagi slip timeoff. Sebab waktu masuk masih awal lagi kan. 9++ am (awal lagi kan? kan?)-lepas ni saya akan cerita motif nye.

Cerita hari Sabtu pula. Bila tengok keadaan Dania tak berubah jugak, kami pon pegi klinik sekali lagi. Tapi kali ni klinik lain. Cite kat doc apa2 yang patut pastu doc pon bagi antibiotik. Masa doc check perut Dania tu, ada pasan merah2 kat badan Dania. Mula2 ingat sebab kesan2 dia meniarap. Jadi kami ignore je la. Tau2 aja pagi esoknya naik kat sume perut dan belakang badan. Gosh! apa kes plak ni. Kami pon diskus dan cuba pikir puncanya. We think she is allergic with the antibiotics. At nite we brought her again and dis time was another doc but still same clinic. Doc agreed with us. So she decided to change with another antib.


Sepanjang 4 ari tu lena kami memang terganggu. Besa la bila demam memang baby meragam. Tapi alhamdulillah Dania tak de teruk sangat meragamnya. Masih tahap 1 lagi la.Cuma dia nak ngan saya jek. Tak moh ngan babanya. Banyak le plan kami untuk weekend kena cancel such as kenduri cukur jambul maryam, anak Du'a kat USJ.

Malam tu merah kat badan Dania makin teruk. Abes naik sampai ke kepala dan muka. Jadi kami pegi semula ke klinik yang sama. Kali ni memang dah rasa bengang sebab tak de apa hasil positif sepanjang 4 hari Dania demam. Masuk je bilik doc,cite skit2 pastu mintak refer letter untuk check up kat KJMC. Nasib baik le doc situ baik hati. At da same time he said Dania mungkin kena campak. Addooii...kena campak la plak. whatever la. tomorrow v need to see her paed.

Pagi2 lagi bangun bersiap ke KJMC. Kami sampai memang awal sangat. Kul 8am OK. sebab nak elak trafik jam kat LDP jadi kami gerak le awal. sarap kat kedai mamak jap pastu kul 8.15 am dah terpacak kat depan klinik dr. s*ed. Doc plak kena standby sambut baby untuk oksigen kat OT. Jadi agak lambat skit dapat masuk bilik doc. Masuk je bilik doc, abes sume history dari ari Khamis kena cite kat doc. Rupa2nya Dania kena rashes. Tak de kaitan dengan antibiotic atau campak. Fuuhh...nasib baik. Doc siap bagi penerangan apa beza serangan campak dan allergic. campak akan serang bahagian muka dulu dan baru ke anggota badan yang lain. Allergic plak akan serang anggota tertentu sahaja dan tidak merebak. Rashes plak akan pegi ke seluruh anggota badan secara berperingkat. Oowhh ok. Lepas ni bila dah tau cenggini tak de la perlu kalut sangat. Ye la bila anak sakit dalam kepala ni duk terbayang perkara tak elok jek. mintak2 le dijauhkan. Sampai umah mama, drop Dania terus siap2 nak g keja. mama dah sibuk2 tanya. tak pe ke masuk keja pukul 11 am? saya cakap masuk je la janji datang.hihihi...

Masuk ari isnin dah dua ari kami datang keja lewat. As usual saya dah standby prepare time off slip. Dengan muka selamba kodok kali ke 2 saya submit slip tuh. Esoknya my admin suruh baca file internal memo. Aiii...apa kes ni. rupa2nya tak de langsung term time off slip dalam company kami. dan lagi kalu lewat lebih dari pukul 9.30 am dikira half day. aduss...nasib baik la saya ni pekerja baru, so as usual buat muka seposen cam konon2 memang tak penah tau rules tuh. muahhahaa...itu le motif cite ini.

Alhamdulillah demam Dania dah kebah dan rashes tu pon dah tak de. Memang sepatutnya kami kena terus jumpa paed tapi disebabkan kami nak guna pmcare. Nak tak nak kena la pegi klinik besa dulu. ye la kalu terus mintak refer letter mana2 doc pon tak moh kasi. derang pon nak cari makan jugak kan. Cam besa my hubby alwiz wat muka bangga bila tak perlu kuar duit untuk bil klinik/hospital. Ala2 konon cam bagus la benefit yang bank dia offer kat staf. ciss...




3 comments:

Nadine Zuharra said...

baguslah dania dah sihat..
kalau dah ade anak,mmglah kene banyak berkorban..tu yang dpt pahala byk tu.. : )
anyway,salute kat mien,isteri&ibu bekerjaya yg sukses!chaiyok2!
*rajin tgk cite awan dania semenjak 2 menjak nih
*dah jwb dah tag mien tu ^_^

zue said...

ala..ciannye dania..huhu...get well soon! aku pon xder term time off tu..half day pon xder tauu..huhu..

ummi mien said...

embe> yup aku dh baca tag ko. memang bole tunggang terbalik dunia ni kalu baby sakit. hehe...

zue> ooo ye ke. so far aku keja ada la time off sejam dua. depends pada admin masing2 kot.