Friday, March 26, 2010

Lelaki itu...

Ahad yang lepas aku dan little D singgah sekejap kat 'tempat' tu.

Secara tak sengaja, aku jadi kaget. Aku terserempak dengan 'lelaki itu'.

Kali ini, suasana nye sangat berbeza. 'Lelaki itu' dilihat berdua-duaan dengan seorang perempuan. Ok-ow.

Udah le aku ngan little D je.

Dan memang 'lelaki itu' sendri agak kaget bila ternampak aku.

huhu...terus 'lelaki itu' bergegas ke tempat aku. dan pura-pura berlagak seperti besa dan tiada apa2 yang berlaku. Aku? layan je la borak sebagai kawan kan.

kendian, dalam pada borak tu tak semena2 'lelaki itu' menerangkan pompuan tu adalah anak buahnya. Aku? ok fine. pape je la. like i care kan.

pastu 'lelaki itu' blah dan pegi ke tempat derang.

aku cam besa la sambung bz melayan little D.

sampai la waktu aku dok sibuk lunch ngan little D. sebenarnya hati aku dah tak keruan bila melihat insiden tuh. sebab naluri pompuan aku mengatakan ada sesuatu yang terselindung.

dan yes. kebetulan 'lelaki itu' tepon aku dan cuba berborak lagi. di penghujung cerita nye, 'lelaki itu' cuba menjelaskan pompuan tadi tuh adalah adik angkat nye. pulak ddaaaahhh!!!!

laaagii la aku curious.

tanpa aku buang masa, aku cuba jejak sape2 yang tau cite 'lelaki itu'.

yes. sah! memang tekaan aku btol. pompuan tu adalah kekasih gelap dia. oowwhh tidak! aku jadi tersepit. jiwa aku jadi tak tenteram. selama ni aku baca je kat paper kisah rumahtangga orang hancur disebabkan orang ke3. kali ni aku plak jadi saksi.huhu...

sebagai kawan kepada 'lelaki itu'. mmg aku mengharapkan dia berpijak di bumi nyata. dan aku pon dah malas nak umpat keji dia. buat tambah dosa aku je kan. aku hanya mampu titipkan doa utk kesejahteraan keluarga 'lelaki itu'. moga2 dia sedar dan temui jalan penyelesaiaannya.

Monday, March 15, 2010

senin blues...

Penat btol la pagi2 buta ni. Walaupun minggu ni jalan agak lengang, tapi siyes. Rasa penat yang amat sangat. hiss...baru pagi ni wei. blom masuk petang. huhu...

Tadi masa nk off enjin keta, tetiba rasa cam dah bosan mengadap rutin harian. bangun pagi2 buta berkejar ke opis. rasa cam budak skolah pon ada. skolah pon tak teruk cenggini.

Btol kata cikgu dolu2. masa jadi kanak2 skolah paling seronok. yeah. dan aku btol2 enjoy masa aku jadi kanak2.

Bila tengok kat anak aku, kekadang slalu tanya diri aku sendri, anak aku seronok ke aku jadi mak dia? hahahaa...psiko kan? ye la kan. kalu dah mak dia bole rasa bosan ngan diri sendri, apatah lagi org sekeliling dia kan? kan? kan?

sejak akhir2 ni keja aku menimbun. wiken yg lepas aku btol2 buat2 tak tau ngan keja opis yang aku bwk blk umah. sbb bila aku terpikir nk buat, aku jadi sedih. tak sampai hati nk buat keja depan anak aku. dah le ari2 balik lambat. aku tak nak jadi selfish. wiken adalah masa untuk keluarga bukan?

lagipon parents aku slalu je call mintak bawak si kenit tu jenjalan ke umah atuk nenek dia. aku tau. derang memang rindu ngan cucu yang sorang ni. dan slalu la aku beralah dengan tiap2 minggu bertepek kat sana walaupon sekejap dan badan aku penat. huhuhuhu...

k itu saje blues saya ari ni.

gtg

nk isi tong perut...

Monday, March 8, 2010

Suara itu...

OOooonnngg!
OOOooonnnggg!
OOOOOnnng!
.
.
.
Cuba teka suara apakah itu?
.
.
.
hehe...mesti la suara katak memanggil ujan.

Aku dah lama rindu ngan suara katak ni.
Akhirnya rindu aku terubat bila mana aku dapat dengar dengan jelas masa aku menikmati satay kat kedai Kecik, Seremban.
Sekurang2nya aku tau kat situ masih ada spesies ni idup.
Suara katak tu memang sangat nostalgia. Dulu suara katak ni la buat aku tambah lena bila ujan merenjis kat bumi ss7. yup. dulu ss7 banyak katak. skang katak2 ni dah tak de. tak tau kat mana derang berhijrah. huhu...walaupon aku geli ngan katak, tapi suara katak ketika ujan memang sedap kan. hehehe...

Friday, March 5, 2010

Not much to say but...




Yeah...mood saya sgt depressed dan tensen je skang ni.

Too many things happened n really can't stand anymore.


Semalam dh luah kat my fren n hubby.

Tu pon maseh ada saki baki lagi. huhu...

Now I'm thingking to take a leave. may be 1 or 2 days.


After read Zue's entry bout cyberview lodge n Intan's entry bout pullman, hehe...rasa cam why not kan? selepas penat mencari rezki. i need some relax. spa pon cam best jek. if i want to wait my next trip to Kedah/Penang/Perlis, ermm...rasa lambat lagi dan x mungkin pon bole pegi lagi.

haaiihh... hati, cepat2 la sembuh.


btw, i'm now listening to Glee The Music No. 1. Gals, korang follow tak cite ni? siyes aku suka layan sume lagu yang dalam cite tuh. gla semangat aku bawak headphone semata2 nak dengar keyboard dan harmony sua
ra pelakon2 nye. hahaha...kalu sape2 yang agak blur, ni aku tepek sket piccas...

Monday, March 1, 2010

B free

Setelah setahun lebey guna botol B free yang lama, Sabtu lepas berjaya gak kitorang dapatkan botol B free yang baru untuk Dania. Sebetolnya niat nak tukar tu dah lama tapi seingat aku masa perasaan berkobar-kobar nak beli masa tu B free discontinued from the market. Katanya nak ganti yang baru. lama gak tunggu nak dapat yang baru. sampai kan sepupu hubby kirim kat kawan dia yang duk Singapore semata-mata nak beli untuk newborn dia. Cam kitorang ni tak de la urgent sangat kan.

Bila tengok je design botol B free yang baru tuh, I loike! No wonder la laaamaa sangat nak tunggu stok. Design yang baru ni mmg sangat cantik, putih suci dan bersih! hahaha...

Pada ibu2 yang maseh mencari botol susu yg seswai, sila la mencuba B free. banyak kelebihannya. nak tau lebey lanjut, cuba p thebabyloft
dan mybbstore