Monday, March 15, 2010

senin blues...

Penat btol la pagi2 buta ni. Walaupun minggu ni jalan agak lengang, tapi siyes. Rasa penat yang amat sangat. hiss...baru pagi ni wei. blom masuk petang. huhu...

Tadi masa nk off enjin keta, tetiba rasa cam dah bosan mengadap rutin harian. bangun pagi2 buta berkejar ke opis. rasa cam budak skolah pon ada. skolah pon tak teruk cenggini.

Btol kata cikgu dolu2. masa jadi kanak2 skolah paling seronok. yeah. dan aku btol2 enjoy masa aku jadi kanak2.

Bila tengok kat anak aku, kekadang slalu tanya diri aku sendri, anak aku seronok ke aku jadi mak dia? hahahaa...psiko kan? ye la kan. kalu dah mak dia bole rasa bosan ngan diri sendri, apatah lagi org sekeliling dia kan? kan? kan?

sejak akhir2 ni keja aku menimbun. wiken yg lepas aku btol2 buat2 tak tau ngan keja opis yang aku bwk blk umah. sbb bila aku terpikir nk buat, aku jadi sedih. tak sampai hati nk buat keja depan anak aku. dah le ari2 balik lambat. aku tak nak jadi selfish. wiken adalah masa untuk keluarga bukan?

lagipon parents aku slalu je call mintak bawak si kenit tu jenjalan ke umah atuk nenek dia. aku tau. derang memang rindu ngan cucu yang sorang ni. dan slalu la aku beralah dengan tiap2 minggu bertepek kat sana walaupon sekejap dan badan aku penat. huhuhuhu...

k itu saje blues saya ari ni.

gtg

nk isi tong perut...

1 comment:

dbalkis said...

My Dear,

I awarded you with Beautiful Blogger Award.. Check it out ya..