Friday, February 27, 2009

Update 'status'

Salam and hi to my readers!

Alhamdulillah the result has came out plus with the offer letter from 'g'. It makes me like 5 mins suka gla but later 5 mins rasa cam tak best. Sampai la di saat ini.

Tadi baru je tender my resignation. Boss saya senyum dan ketawa. Sebab dalam surat tu dah terang2 saya tulis offer yang saya dapat nanti. Nasib baik la dia dapat terima. Tq Mr. J! Risau gak dia ngamuk cam kes my assistant dulu. Dia tanya kalu Director nak counter offer macam mana? Terus saya cakap tak kan terima. Sian plak kat Director. Dia memang susah hati kalu orang resign. Memang dia bole jadik down sekejap.

Sebenarnya memang perasaan tu bercampur aduk dan lagi rasa tak puas berada di kerusi ni. Ye la 6 bulan je pegang job ni. Plus job ni yang saya suka teramat sangat. Memang dah plan pon nak stay lama dan buat IR. Tapi nak wat cane kan. Cam Mr. J cakap dah takdir. Aiseh...

I know accepting the offer would make my career development jadi nowhere else. Becoz it is a giant organization. Dunno yet what type of people yang saya kena ngadap plus working environment tu confirm la penuh kelembapan dan lagi penuh ngan makcik2 dan pakcik2 dan laaaggii penuh keformalan yang cukup saya tak suka. Pasni dah tak leh suka2 dress up. Kena simpan segala seluar keja. No more jeans on Friday. h***!

Dan yang ni pon cukup tak suka politik opis. Tau je la kalu dah opis semuanya Melayu. confirm macam2 hal. Adeh...rite now I'm trying to calm down myself and think positive. Pasrah dan redha sebab saya tau offer ni memang ditunggu oleh mama saya yang tak henti2 berdoa. Tak pe la. Pilihan ibubapa semestinya yang terbaik kan?

Insya-Allah.


Selawat Syifa' dari Hijjaz

Ini saya post kan selawat Syifa' yang jadi lagu tema untuk cite Anak Betong.





















Selawat versi Hijjaz sangat la nyaman bila didengar. Bila tengok Dania suka dengar selawat, sejuk je perut saya. sesejuk salji wooo!

Thursday, February 26, 2009

Mental Dania Semasa Umor 9 bulan




















Salam sume...
Post yang lepas juz update Dania on her physical development je kan. Kali ni cite plak pasal mental Dania.

Mula2 kami tak pasan yang Dania dah start bole panggil Ummi. Tapi Ummi nye bunyi lain sket. Kalu dengar betol2 bunyi nya cam em-me. Apa2 la Dania. hehe...Dania akan start panggil em-me bila dah ngantuk tapi Ummi dan Baba nye wat tak reti2 lagi atau rasa unsecure dengan orang yang dia tak kenal.

Skang ni Dania dah pandai wat muka marah. Bukan tu je siap jerit lagi kalu orang buat dia marah. garang siot! kadang2 Dania tensi jek bila kitorang usik dia. Ni muka Dania bila tensi:-























Pastu kat TV9 kan ada ulangan cite Anak Betong. Lagu tema cite Anak Betong tu selawat Nabi dari Hijjaz. Dania memang layan abes kalu on air selawat Nabi tuh. Dengar la suara comel Dania cuba nak ikut selawat. Kelakar sangat. Jadi budak baik sekejap pastu sambung balik keja2 'mengemas' umah dia. Lagi satu kalu azan pon Dania suka gak. Memang Dania diam btol ala2 khusyuk dengar azan. Memang ceria idup kitorang sekeluarga layan aksi comel Dania.

Dengar lagu tema Spa Q 2 pon sama gak. Siap angkat tangan ala2 menari tuh. Muka hepi dapat dengar lagu Tok T. hikhikhik... Sorry la Dania. Ummi tak dapat nak rakam dalam video aksi Dania. Nanti bila Cik Ina dan Cik Nurul cuti, Ummi mintak derang rakam yea. So bila dah besar nanti bole la kita bantai gelak tengok aksi2 Dania.

Apapun yang kami kagum dengan Dania, dia mampu ingat watak2 dalam hidup dia. Dania boleh cam dan kenal orang yang dia biasa jumpa walaupon dah lama tak jumpa (wajib la tok ayah dan mak wan dia...lalalala~~~ kejinya.hehehe...) thanks ye Dania. tulun cover Ummi. hikhikhik... so tak de lah Ummi rasa bersalah balik sekali sebulan. muahahhaha....

Wednesday, February 25, 2009

Tren Security

Arini maseh maseh datang lambat lagi. isk...isk...saya memang memaki hamun manusia yang suka bz body di atas jalan raya. Pagi yang hujan tadi dengan kekalutan paip rumah saya yang pecah ditambah pulak dengan eksiden keta terbakar memang buat timing saya lari sebanyak 30minit. Tensi btol la.

Itu baru intro jek. hehhe...

Cite sebenarnya masa naik tren LRT tadi, kalu tak silap pintu tren kami terbuka sedikit selepas stesen Asia Jaya. Mat salleh yang jadi pembikin drama ni bole buat bodo je. Si pelakon cuak amoi 2 orang ni plak tak abes2 geleng kepala sebab seram takut pintu tren terbukak luas. dan saya serta yang lain2 pelakon tambahan buat muka coooll ala2 sivaji the boss. Rileks je la sebab nanti next station pintu tu akan tutup gak(ada la dalam 4 stesen baru pintu tu tutup balik)

Apa yang nak dicitekan sebalik kejadian tu, sememangnya keselamatan tren LRT tak dijamin. Ini dari input yang saya kutip la. Kita mula dari door system. Pintu LRT tu memang bole sesuka hati dibuka dan ditutup ketika tren bergerak. Eksperimen ini saya lihat sendri masa praktikal dulu. Staff LRT sendri buat demo tuh. Kiranya system alarm tren tersebut tak boleh nak stop kan tren kalu pintu tu dibuka dengan sengaja. Jadi kita dah bole agak sejauh mana kredibiliti scensor dan system tuh bole beroperasi. Memang tak bole dijamin!

Kedua, cermin tingkap tren. Boleh dikatakan setiap kali sambutan merdeka/tahun baru, pihak tren menanggung kerugian sebab kena ganti cermin tingkap. Pada sape2 yang penah cuba celeb dua2 event ni derang bole imagine macam mana keadaan tersebut. Maknanya cermin tingkap tu tak bole menahan asakan manusia serta apa jua bentuk vandalisme ke atasnya. paling kurang pon orang ketuk ngan tangan/ botol spray kan? gosh...juz imagine tren tu terbalik dari landasan, dengan momentum dan daya graviti yang tinggi bolehkah cermin tu menahan mangsa? jawapannya sudah tentu tidak. saya berharap sangat la pihak tren LRT dapat meningkatkan kualiti bahan tren. harap2 nya gerabak baru tidaklah sebegini kualiti nya.

Monday, February 23, 2009

Greedy leads you Bribery or Gucci leads you Burberry

A fren of mine has involved in accident juz one week before CNY.
As usual he make a report and would like to send his car immediately to workshop.
For this insurance claim matter, to claim on that person insurance he need his police report.
In Malaysia, preparing a piece of police report will cost you RM3 and 5 mins.
But if you aren't lucky, it can be RM300 and a month!
Oh my my! After their salary been increased by our 'mr. clean' government, why they are still being greedy?
Is this a programming?
Like a C programming???
Yes. Pay RM300. Receive report in 5 mins.
No. Pay RM3. Receive report in 1 month.

adooii...tepuk kepala geleng kiri dan kanan~~dunia dah nak akhir zaman

Friday, February 20, 2009

9 bulan bah!




















One Happy Family @Home

Isnin yang lepas umor Dania dah masuk 9 bulan. Alhamdulillah Dania si kucil yang senang dijaga. Tak banyak karenah kata mama saya. Skang Dania dah makin lasak. Merangkak ke sana ke mari. Mengutip segala benda yang ada atas lantai. Tengok semut berjalan pon bole excited. kihkihkih...
Sebelum Dania 9 bulan kami dah belikan permainan activity walker. Mama saya kata kaki Dania dah kuat. Sebab bila Dania berdiri memang berdiri betol2 lurus tak de bengkok lutut pon. hehe...mana taknya hari2 exercise. Panjat sana sini. Nasib baik le rumah kami tu tak penuh ngan perabot.

Skang ni Dania dah pandai memilih orang. Hari2 besa memang Dania jadi penunggu setia pak2 sedara balik dari sekolah. Balik je pak2 sedara memang riuh mulut Dania menyambut derang. Nenek dia memang geleng kepala. Selagi derang tak dukung dia, selagi tu la dia bising. Manja kan? Camtu gak le bila Ummi dia balik keja. Nampak je kelibat Ummi, dah mula ltak senang duduk pastu wat merengek manja suruh dukung dia. adeh...

Tengok le aksi2 Dania:






"Saya suka geget sume benda. Yang saya paling suka geget ialah kertas sebab ada rasa masin2 sket"
Pic ni amik masa Dania baru nak blaja bangun dan berdiri kat kabinet TV. Masa ni blom stabil lagi sebab baru lagi. Jadi nak kena tunggu kat sebelah dia.
Skang ni dah tak yah tunggu dah. Agak2 dah tak moh berdiri, kalu dia tak reti nak duduk nanti dia panggil la kita suruh angkat dia. Clever~































So far Dania dapat duduk tanpa tumbang bila kita dudukkan dia. Tapi kalu nak suruh Dania duduk sendri blom bole lagi. Serius comel bila dudukkan Dania depan TV esp kalu masa iklan tengah on air. Dia punye khusyuk tahap tak hengat. Nenek dia(my mom)
memang suka nyakat Dania. Ada sekali tuh saja tutup muka Dania masa duk layan iklan, Dania tolak je bantal tuh. Pastu letak tangan kat muka dia, dia intai TV tu kat celah2 tangan kita. hihihi... Cute~















"Hey...babarazzi! Must pay me for every pictures!"

ni aksi merangkak plak. Dania sebenarnya lepas bole meniarap dan gerak ke depan belakang, dia terus bangun berdiri. Dania skip merangkak. Tapi lately ni Dania dah bole merangkak dalam 6 tapak. Pastu dia akan rebah dan meniarap ke depan sebab dia rasa rimas dengan merangkak. Dania jenis nak cepat jek. Rasa2 kalu merangkak tu lambat nak sampai dia terus cepat2 rebah. haaiih... Notty~

p/s:sori la yea kalu ada font tetiba jadi besar dan tebal. ntah hapa2 la blogspot ari ni cam biul jek. tukar pon still sama gak! haaiih~

Tuesday, February 17, 2009

nasib machai yang kucil

Adehh...ari ni datang lambat lagi. apa nak wat. semalam dah berkorban balik lambat. kuar dari opis kul 9.40pm. sampai umah dah kul 10 lebey. cenggini la bila keja ngan company yang kucil. asal ada yang MC terpaksa la cover keja dia kalu URGENT. haih...tapi rasa tak patut plak. dah le semalam boss sponsor dinner. sungguh lazat sekali pizza Dominos itu. kelazatan pizza tu wat aku lena sampai tak sadar terus terlajak bangun kul 7 lebey. hihi...nasib baik le bendera merah.

Friday, February 13, 2009

Maryam Bt Faziazam

Entry pasal baby lagi. hehe...

Last month(sori lambat update!) kitorang pegi melawat Maryam,2nd daughter of Du'a and Faziazam.

Anak sulong mereka namanya Sarah.

Simple je kan nama anak2 derang.

Kami pergi berempat sahaja; me, hubby, Dania dan Syifaak.




















More piccas of Maryam:


Wednesday, February 11, 2009

Piccas During Fendi's Wedding





















Above fr L-R: Caer n wifey, Fendi, Farzana, Dania n Ummi.
Below fr L-R: Ajib n my hubby.






















"Hi sume orang"




















"Ish...mana pengantin lelaki saya nih. Penat le tunggu tak sampai2 lagi"




















"Kejap le Ummi. tunggu sat lagi. kejap yea"






















" Dah le Ummi. Malas dah Dania nak tunggu. Meh cepat angkat Dania."




















"Hip hip hoorraayy!!!"





















Dua2 muka penat pas main hip hip hooraayy.

Some piccas taken during Fendi's wedding. Congrats to him and wifey. Me n Dania seperti besa membuat aktiviti bebas sambil tunggu my hubby borak ngan kengkawan dia. Inilah hasilnya. hehehe...

Thursday, February 5, 2009

Secret-assignment di waktu tak de keja


Saya lahir bulan September, Hubby lahir bulan Jun dan anak kami lahir bulan Mei. Jom tengok apa rahsia bulan lahir kami:



MEI


keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros



JUN



berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya



SEPTEMBER



sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik



Seterusnya...
Saya lahir 3 hb, Hubby lahir 7 hb dan Dania lahir 16hb. Jom tengok rahsia tarikh lahir kami:



Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.



Dan lagi...


Tarikh lahir saya:
03+09+1982 = 1994
1+9+9+4= 23
2+3= 5

Tarikh lahir hubby:
07+06+1982 = 1995
1+9+9+5= 24
2+4= 6

Tarikh lahir Dania:
16+05+2008 = 2029
2+0+2+9= 13
1+3= 4

wow...4,5,6


4. Konservatif


- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis


- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik


- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn




sila klik sini untuk tahu mengenai rahsia anda

lepas ni nak buat apa ek?

Wednesday, February 4, 2009

Congrats Dr. Faisal Rafiq!!!

Alhamdulillah finally my fav lecturer dah selamat kembali ke Malaysia dengan jayanya. Balik dengan berita gempak. Siap menang special award lagi tuh! Plus dapat recognition dari uni luar. Baca artikel bawah ini:-Walaupon Dr. ni jenis gila2 dan funky, tapi bila bab2 akademik ni memang serius. Ingat lagi tajuk tesis student Dr. la yang paling gempak. Tajuk nya tak ingat sangat tapi yang pasti student kena explore segala jenis tahap dalam electronics untuk selesaikan tesis tuh.See? Sape kata Melayu tak boleh berada di atas?

Tuesday, February 3, 2009

My Lil Princess~~


Nie pic amik masa besday party Imran Mikael, anak Nuris-Syafiq. Tajuk pic ni Si Comot Dania.
Credit to Mr Fazi sebagai fotog tidak bergaji. ;p

Mengapa Yahudi bijak?

Artikel ni diforwardkan oleh my hubby. Dan telah pon saya forwardkan kepada kengkawan dalam emel list saya. Tapi saya suka nak share emel ni di blog sebab rasanya lebih luas lagi networknya. hehe...dan juga sebagai simpanan saya...

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharjalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupun dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yang mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya
mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.



Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.




Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik.




Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir

Universiti Massachuset
USA.




Mengapa Yahudi Bijak?



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?



Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.



Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.



Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.



Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.



Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!



Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!



Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.



Dr. Stephen Carr Leon



Komen saya:
Amalan memakan kurma memang digalakkan sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jadi ini bukan la satu penemuan besar.

Tapi bahagian mendedahkan bayi dalam kandungan dengan muzik seperti biola dan piano, ia memang bagus tetapi Islam sendiri sudah tertulis dan menggalakkan umatnya memperdengarkan bacaan Quran.

Ya, bahagian kepala ikan memang tidak elok bukan sahaja untuk bayi malahan bagi orang dewasa sekalipun!

Jadi apa bezanya Yahudi dengan kita?

Aplikasi dan kesungguhan. Itulah beza kita dengan mereka.

Kepada kengkawan yang sedang mengandung atau akan mengandung, digalakkan mengambil suplemen ini sebagai gantian jika menu seharian anda tidak mengandungi ikan.