Wednesday, February 25, 2009

Tren Security

Arini maseh maseh datang lambat lagi. isk...isk...saya memang memaki hamun manusia yang suka bz body di atas jalan raya. Pagi yang hujan tadi dengan kekalutan paip rumah saya yang pecah ditambah pulak dengan eksiden keta terbakar memang buat timing saya lari sebanyak 30minit. Tensi btol la.

Itu baru intro jek. hehhe...

Cite sebenarnya masa naik tren LRT tadi, kalu tak silap pintu tren kami terbuka sedikit selepas stesen Asia Jaya. Mat salleh yang jadi pembikin drama ni bole buat bodo je. Si pelakon cuak amoi 2 orang ni plak tak abes2 geleng kepala sebab seram takut pintu tren terbukak luas. dan saya serta yang lain2 pelakon tambahan buat muka coooll ala2 sivaji the boss. Rileks je la sebab nanti next station pintu tu akan tutup gak(ada la dalam 4 stesen baru pintu tu tutup balik)

Apa yang nak dicitekan sebalik kejadian tu, sememangnya keselamatan tren LRT tak dijamin. Ini dari input yang saya kutip la. Kita mula dari door system. Pintu LRT tu memang bole sesuka hati dibuka dan ditutup ketika tren bergerak. Eksperimen ini saya lihat sendri masa praktikal dulu. Staff LRT sendri buat demo tuh. Kiranya system alarm tren tersebut tak boleh nak stop kan tren kalu pintu tu dibuka dengan sengaja. Jadi kita dah bole agak sejauh mana kredibiliti scensor dan system tuh bole beroperasi. Memang tak bole dijamin!

Kedua, cermin tingkap tren. Boleh dikatakan setiap kali sambutan merdeka/tahun baru, pihak tren menanggung kerugian sebab kena ganti cermin tingkap. Pada sape2 yang penah cuba celeb dua2 event ni derang bole imagine macam mana keadaan tersebut. Maknanya cermin tingkap tu tak bole menahan asakan manusia serta apa jua bentuk vandalisme ke atasnya. paling kurang pon orang ketuk ngan tangan/ botol spray kan? gosh...juz imagine tren tu terbalik dari landasan, dengan momentum dan daya graviti yang tinggi bolehkah cermin tu menahan mangsa? jawapannya sudah tentu tidak. saya berharap sangat la pihak tren LRT dapat meningkatkan kualiti bahan tren. harap2 nya gerabak baru tidaklah sebegini kualiti nya.

2 comments:

Nadine Zuharra said...

mm,lrt ape ni yang mien naik..?star ke putra..?hmm,terngeri sekejap bace andaian yang kalau lrt tergelincir dr landasan tu..isk seram jg ye.. nnti try tanye kat ayah n adik embe,..diorang keje ngan putra lrt..heheh..

ummi mien said...

putra lrt.