Saturday, November 12, 2011

Dania Ziyad in her 3.0 ++ version

Haaih...masa berlalu sangat pantas. Bila belek semula entry yg lepas2, rupa2nya dah lama sungguh tak bercerita kisah anak dara ku seorang nih. Nak cite milestone rasa cam x kena je. sebab memang kitorang tak menggunakan milestone tu pon untuk mendidik anak2. ye la lain anak lain ragam dan ceritanya.

Sejak saya kembali bekerja setelah cuti berpantang 3 bulan, setiap hari Dania merengek2 minta Ummi dia jangan pegi kerja. Alahai nak. kalu la Ummi ni mampu tunaikan permintaan yang pada Ummi sangat mahal setakat ni.




Itu la ragam Dania skang ni. Drama ni akan bermula dari petang sampai ke malam. dan kalu Dania terbangun waktu solat subuh pagi tu maka akan bersambung la episod drama tak boleh pegi kerja.huhuhu...

Bila tengok gambar2 Dania yang lepas2 rasa tak puas nengok cane Dania ni membesar. Ok la nanti2 la kita cite banyak. Dah banyak sangat miss momen yang patut tulis dlm blog nih.

Daaa...

Dulu dan Sekarang


Dania sewaktu zaman dolu dolu


Now, Dania with her new hair cut


Rindu dengan Dania yang dulu. Sebab rambut panjang dia kaler perang, jadi orang akan ingat Dania anak mat saleh (mak nye plak terlebey pasan) muahaaha...siap ada makcik ni ingat aku kawen ngan mat saleh. hihihi...


Tapi nak wat cane, ini permintaan pengasuh dania. Ye la dah ada si kecik Syamil ni agak beban bagi dia untuk menguruskan yang lain. Jadi terpaksa la korban kan rambut Dania atas sebab nak mudahkan pengasuh nye menguruskan dia nanti. huhuu...

Dah le rambut Dania ni lambat panjang. adeh...




Anak-anak Saya

Baru ada masa nak upload pic anak2.
Gambar sekitar majlis perkahwinan adik saya, Mohd Khairil Sariman with Nur Shamsiah pd 25hb September 2011.






Friday, November 4, 2011

"Ummi, no work!"

Agak2 sape punye skrip tuh? hehehe...

Musti la si kakak nye yang mulut pot pet pot pet cam Ummi dia.

Alhamdulillah hajat Dania tu Allah dah makbulkan di mana pengasuh kamu dah mengajukan permohonan cuti dia selama 5 hari.

Bukan Ummi tak gumbira dengan perkhabaran sebegitu taaappiii kat opis ni keja memang btol tengah melambak, bukan melambak je menggunung2.hohoho...

Ummi dah terbayang2 macam mana kelam kabut nye nanti. haaaiihh...tabahkan hati. Nasib baik le Ummi memang mengamalkan jimat cermat bila bab cuti.

Apapun setiap kali Dania buat ayat di atas tu memang rasa sayu hati ni nak pegi kerja. Nak buat macam mana ini saja pilihan yang ada buat keluarga kita. Dan kalu Ummi nak buat pilihan lain, ya memang boleh tapi perlu ada dua sifat dalam diri ni, berani dan tabah. rasanya Ummi tak cukup berani dan tabah untuk buat pilihan drastik. Malah di kala kelembapan ekonomi skang ni, baik la kita sekeluarga layan je dulu ye rutin kehidupan ini.

Dan Dania serta Syamil kena bersyukur sebab Ummi keja gomen. Tapi perlu ingat keja di gomen bukan nye lesen atau tiket untuk Ummi sesuka hati bercuti/ponteng sebab keja di gomen ni adalah kebajikan. Kelebihan keja Ummi skang ni sebab ada ketua yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Ye la sape tak nak jadi fulltime housewife kan. malah rasa syukur sngt diberi kesempatan untuk merasa tittle tu walaupon sekejap. tak pe nanti Dania dah besar, Dania akan faham kan. janji Ummi masa cuti 5 hari tu kita ke Wet World ok? ajak Cik Ina dan Ayah Su mandi manda dan kita boleh buat projek apam nanti. haaiihh...rasa tak sabar plak nak bercuti.muahhahaha

*to all my frens n readers, salam eiduladha, semoga kita dapat keberkatan ke atas ibadah korban bagi yang menjalankan ibadah pada tahun ini.

Tuesday, October 25, 2011

100 hari

Yeaaayy!! Arini genap 100 hari saya berpantang(padahal tak de la pantang sesangat seperti masa Dania dulu). hehehe...

Sebab kali ni saya maseh gigih menyusukan Syamil jadi selera saya sangat melampau. Setiap hidangan mesti saya dapat habeskan. Sampai mak saya takut tengok saya makan. muahahhaa...

Jadi secara tak langsung Syamil pon genap 100 hari minum susu cap gantung.

Buat masa ni kengkawan jauh2 la yang jadi pembakar semangat untuk teruskan penyusuan eksklusif. Kengkawan kat opis ni banyak dah mengalah dengan memberikan anak derang susu formula.

Semoga perjalanan penyusuan untuk Syamil dipermudahkan oleh-Nya dan yang penting semangat tu mesti kuat dulu baru la kerajinan untuk mengepam tu ada. betol tak?

Tuesday, August 16, 2011

Ngeh Ngeh

Seronok! Seronok!

Suka! Suka!

Apa yang seronoknyaaaaa? hihihihi...

Saya sangat seronok sebab berjaya tempah tiket Firefly yang rega kosong hinggit untuk ke Kota Kinabalu, Sabah!!!

Saya yang memang sangat kepingin nak ke sana memang rasa nak lompat bintang bila dapat rembat tiket untuk 9 orang.

Dan yang best nye dapat tarikh yang memang saya selalu guna untuk bercuti. muaahahaha!

Tengok la side bar tuh, siap dah cari link pasal penginapan dan transport. Musti la nak kena survey dari skang kan.

Aiihh...tak sabarnyaaaa!


Thursday, August 11, 2011

Persediaan Raya Tahun Ini

Gulp...Persiapan kali ni memang kelam kabut.

Hanya baju raya Dania sahaja yang dah siap. Tapi untuk Ummi, Baba dan Syamil tak de langsung. huhu...

Mana tak nye bajet bersalin dekat2 EDD, sekali amek ko. Awal 3 minggu! Jadi plan asal memang tak nak buat persiapan apa2 pun.

Bila dah cenggini rasa nyesal plak. Adooii...bila masa plak aku nak shopping nih? huhuhu...

Gamaknye shop thru online je la. Baju Syamil ok je nak shop online tapi baju aku dan hubby rasa tak seswai kot. Jaadii guna pakai je la baju yang ada dulu. Kita melaram lepas2 raya la. Lagipon tahun ni hubby tak amek cuti. Maknanya raya besa2 je la tahun ni ye. Kita reserve untuk tahun depan.

Tahniah Untuk Abah

Rasanya maseh blom terlambat untuk ucap tahniah kepada Abah saya.

Bermula Khamis, 4hb Ogos 2011 Abah telah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah murah rezki keluarga kami. Abah memang berhak mendapat kenaikan berkenaan. Kata2 ini bukan lah disebabkan dia Abah saya jadi saya sokong melambung2. Tidak. Melihatkan segala ranjau dan dengki orang terhadap Abah, memang tidak disangka Abah diterima. Biasalah orang kita tak penah nak terima kelebihan orang lain. Jadi berbaloi Abah menunggu sehingga ke pencen untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Semoga Abah akan terus tabah dan diharap kenaikan ini membuka mata orang yang pernah menganiaya Abah. All da best to my Abah!

Tuesday, August 9, 2011

Syukran

Menurut tajuk berita utama suratkhabar hari ini, penjawat awam akan diberikan bonus setengah bulan dan pesara kerajaan akan menerima imbuhan khas sebanyak RM500. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki ini. Seingat aku dah lama penjawat awam tidak diberikan bonus dan untuk tahun2 sebelum ni Kerajaan hanya memberikan imbuhan khas sebanyak RM500. Jadi dengan bonus sebanyak ini diharapkan komitmen penjawat awam akan lebih meningkat. Kepada kengkawan yang sekapal dengan aku, berbelanjalah dengan penuh berhemah.

Bonus raya kakitangan awam**


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

**Petikan daripada Utusan Online


Thursday, August 4, 2011

Tentang...

Tentang Syamil Ziyad...

Maaf ye tak tepek gambar ahli keluarga baru kami. Sume foto tak de simpan dalam laptop ni.

Fakta Si Kucil

  • Hari ke-7 diserang demam kuning dengan bacaan darah 12.8. Sah2 kena masuk wad untuk dirawat bawah lampu. Ummi pon tdo di hospital sebab exclusive breastfeeding.
  • Hari ke-14 tanda-tanda demam kuning tu nampak jelas, nasib baik kali ni bacaan 10.8. Jadi tak perlu la kami tdo di wad. Cuma doc minta pantau gak dan datang balik check 2 minggu lagi.
  • Orang kata baby boy memang kuat demam kuning berbanding ngan baby gal.
  • Nak maintain bacaan darah bawah 12, nurse mintak breastfeed setiap 2 jam.
  • Kulit Syamil agak gelap kalu nak dibandingkan dengan Dania.
  • Pastu berat lambat naik. Seminggu lepas lahir naik 0.2kg jek.
  • Badan Syamil sangat la kucil taaappii kuat menendang dan suaranya mak aaaii sangat kuat tak padan ngan badan.
  • Siang asek tdo je tapi bila orang nak tukar pampers atau mandi mula la siren dia berbunyi. Kalu jiran dengar confirm derang ingat kitorang dera dia. muaahahaha...
  • Diajar tdo meniarap. Kebaikan agar bayi tidak lemas bila muntah susu dan melatih bayi untuk exercise leher serta melegakan perut bayi dari kembung. Hasilnya leher Syamil dah kuat dan tak lembik.
  • Tali pusat luruh pada hari ke-7.
Tentang Pantang...

Hari ni adalah hari ke-17 saya berpantang. Bermula ari ke-4 hingga 8 saya melalui rutin bertangas, berurut dan bertungku. Kali ni saya masih menggunakan khidmat bidan yang sama. Sebab dah rasa serasi dengan cara nenek ni dan lagi bayaran masih murah.hehehe...saya sangat suka bila buat rutin di atas. masa ni la baru sedar yang badan kita nih dah abis kudrat. huhu...

Memandangkan cuaca skang ding dong ding dong. Ye la kejap panas bahang pastu hujan, jadi saya tak de la berkepit sangat dengan bekung. Paham aje la bila suhu tak menentu abes kulit naik gatal di kawasan perut. Adeh...memang leceh. Kena plak bekung tu dah tak berapa kejap jadi terus saya pakai korset aje. Amek ko. Kemas dan kejap sume lemak di perut.hihihihi...

Stokin di kaki? Mula2 saya amalkan tapi skang stokin pon ntah ke mana. Rasa rimas nak pakai bila kaki dah mula berlengas. Pastu leceh bila nak ke tandas. Maklum le tandas umah mak saya ni tandas cangkung, jadi kalu nak melepaskan hajat tu memang leceh. Saya akan pakai stokin tu bila kena ke hospital sahaja atau bila kaki dah sejuk bangat.

Saya tak sabar nak tunggu hari ke-20 untuk berurut lagi dan hari ke-39 untuk lulur dan mandi limau. hehehe...

Tentang Penyusuan

Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan Syamil dengan susu badan sehingga ke hari ini. Betol kata orang. Setiap anak dilahirkan didatangkan dengan pengalaman yang sangat berbeza. Hisapan Syamil tak sekuat Dania. Kalu Dania, dua2 belah abes dihisapnya. Tapi Syamil sebelah isap je dah lentok. Pastu tak sampai sejam nangis lapar. Adooii...Kalu malam plak, Syamil akan menetek berjam2. Tak cukup tdo dan pening sebab tdo terganggu dah jadi kebiasaan. Tak pe la. Nama pon cuti kan. Jadi saya sangat enjoy dengan rutin di atas. Cuma risau gak sebab susu macam tak sebanyak berbanding anak yang pertama. Sehingga ke hari ini, stok EBM masih blom dapat disediakan sebab production masih rendah. Jadi skang saya bekerja keras untuk membanyakkan sesi direct feeding.Pada kengkawan seangkatan kalu ada tips atau pengalaman bole la kita berkongsi ye.Buat masa ni saya memang ada mengambil vitamin Shaklee sebagai ganti jamu memandangkan Syamil masih dilanda demam kuning.

Apapun menyusu badan ni memang perlukn kekuatan mental dan fizikal. Bak kata nurse kat KPJ Kajang tu, kita kena selalu berfikiran yang susu tu sentiasa ada untuk anak kita.

Saturday, July 30, 2011

Episod Baru Keluarga Kami

Buat kengkawan yang maseh blom tau lagi...

Ini lah pengumuman saya
.
..
...
Saya dah selamat bersalin anak lelaki pada Ahad, 17hb Julai 2011 pukul 12.55 pm

Kepada Zue, sila cuak. heheehe...(sebab kami berdua berkongsi EDD)

Kalu diimbas kembali detik kelahiran anak kedua ni memang berlaku sangat pantas. Saya dan hubby sangat la tidak bersedia.

Hari Sabtu kami di Seremban menghadiri pengebumian arwah Tok Andak yang meninggal dunia pada jam 6.00 pagi kalu tak silap. Bila dah dapat berita terus gegas kemas baju dan sebelum balik Seremban pegi amik album kawen klien hubby.

Sampai je di Makam, arwah dah selamat dikebumikan dan kami sampai pon di tengah2 bacaan talkin. Jadi kami tunggu sampai bacaan talkin kedua. Pukul 4 ptg baru selesai dan gegas ke umah mak mentua. Sebab memikirkan situasi aku dalam keadaan bersedia untuk bersalin(ye la dah masuk 36 minggu) jadi kami tak de la tido di Seremban.

Cuma malam tu kami balik lewat sket sebab kebetulan malam Nisfu Sya'aban jadi ramai2 baca surah Yaasin 3 kali untuk buka buku baru. Terasa dah lama tak buat amalan ni. Masa baca Yaasin ni dah terasa baby menendang sangat aktif.

Abes je baca Yaasin kami lepak tengok Majalah 3 sambil makan burger yang femes kat Taman Paroi Jaya. Alasan hubby kali ni ada cerita pasal ikan tengas di Kuala Kurau. Dia memang minat nak merasa lauk ikan tengas ni sebab opismate dia yang kaki pancing cite ikan ni memang sedap. Nak2 plak Majalah 3 tu tunjuk ikan tengas ni sedap dibuat pekasam. Adoii meleleh je air liur kami. memang rasa dan2 nak g Kuala Kurau.

Selesai aje Majalah 3 kami pon gegas balik Putrajaya. Sepanjang perjalanan tu aku tak tdo pon. Layan borak ngan hubby. Masa dalam keta ni baby aktif menendang. Agaknya rasa terhimpit kot sebab Dania tdo atas riba. Sampai umah dah nak dekat kul 12, Dania dah hanyut dalam mimpi, kemas barang skit pastu sume masuk tdo.

Dalam kul 3 pagi tu tetiba aku rasa contraction. Terus aku kejut hubby. Sian plak tengok dia yang kepenatan. Masa ni memang kuat betol contraction sebab berlaku setiap 5 min. Aku dah cuak. Hati dah rasa berat je. Ye la rasa tak bersedia pon nak bersalin. Lagipon baru nak masuk 37 minggu!

Tapi kali ni pelik sket. Mana tak nye masuk jam 5.00 pagi contraction tu jadi slow and mild. Aku dah mula konpius. Nak bersalin ke tak nih? huhuhu...hubby cakap kita pegi je hospital check apa yang patut. Jadi tak nak buang masa aku mintak hubby masak air untuk aku mandi. Siap je solat Subuh kejut hubby bangun. Sambil tunggu hubby siap mandi aku kemas baju Dania dan baju busuk untuk dibasuh. Siap sume tepon Mimi, sepupu hubby mintak ikut sekali. Nasib baik le Mimi ni duk sebelah blok je. hehehe...

Sampai je kat hospital MA tu terus tolak aku ke Labour Room untuk buat CTG. Hasilnya contraction memang ada cuma tak kuat. Nurse tu seluk dan yeah, dah bukak 5cm. Uwaa...aku tak ready. Terus aku terbayang cane la ngan keja kat opis yang masih bertindih2 tak selesai. Nurse tu siap tanya nape tak datang masa contraction kuat? Ok oww...tak de maknanya aku nak bangun terus pegi hospital kalu contraction duk kuat. tak bole nak bergerak langsung kalu dah terkena. Jadi dari kul 7.30 pagi sampai le kul 11 lebey contraction masih sama dan bukaan pon masih 5cm. Nurse tu cakap tunggu Dr. Rasliza untuk buat tindakan selanjutnya. Kemungkinan aku akan diberikan ubat untuk cepatkan proses kelahiran atau pecah air ketuban.

Sambil duk tunggu tuh aku tepon mama untuk inform yang aku dah dalam bilik bersalin. Mama lagi best menakutkan aku. Bole plak dia cakap kalu la diberi ubat tu bukaan aku masih tak memberansangkan kemungkinan untuk dibedah tu ada. aiseh! bedah2 ni aku tak gemar. Hubby cakap kita pk positif je dan tunggu apa kata Dr.

Akhirnya Dr. Rasliza muncul gak. Rupanya dia baru abes parent class. Bila tengok Dr. ni relaks je jadi aku dah kurang cuak. Dr. buat keputusan untuk pecahkan air ketuban. Serius aku tak dengar pon bunyi plop itu Ujie! Aku siap tanya nurse nape aku tak dengar pon bunyi tuh. Nurse cakap kekadang tak de bunyi. Ceh, baru nak rasa teruja dengar bunyi pecah air ketuban.

Uiishh...terasa deruan air ketuban tu kuar. Setiap kali rasa contraction, air ketuban akan menderu2 kuar. Dan bermula la rasa sakit yang tak terkata. Nurse pesan kalu rasa sakit nak berak tu maknanya dah bole teran. Dalam kul 12.30pm tu rasa sakit yang macam nurse tu nak dah terasa. Apa lagi segala peralatan sesendal kaki dan pemegang tangan untuk sesi meneran disediakan. Kali ni alhamdulillah aku dah pandai bajet nak teran. Berbeza dengan yang pertama, kali ni lebih bersedia sebab dah ada pengalaman yang dulu.

Tepat jam 12.55 pm lahir bayi lelaki yang kami namakan Syamil Ziyad Bin Mohamad Zaid. Berat bayi 2.57kg. Badannya sangat kucil kalu nak dibandingkan dengan Dania. Syamil tak perlu ditepuk untuk pernafasan sebab kuar dari perut je terus Syamil menangis dengan kuat. Macam marah je kena kuar dari perut Ummi. hehehe.... Alhamdulillah episiotomy kali ni tak banyak. Cuma 4 jahitan dan Dr. jahit pon sangat kemas.

Maka bermula episod baru keluarga kami. Skang kami dah berempat. Ummi dan Baba dah dapat pasangan masing2. Ummi dan Dania. Baba dan Syamil. ONE HAPPY FAMILY AT HOME!


Thursday, July 14, 2011

10 jam yang lepas

hehehe...musti korang ingat 10 jam yang lepas tu aku dah bersalin kan?

sebetulnya 10 jam yang lepas iaitu bersamaan dengan kul 9.30 mlm tadi, aku, dania n mimi pegi pesta flora kat presint 2. nama je duk dekat tapi selalu sgt terlepas pesta cenggini.

malam tadi pon sebab mimi(sepupu hubby) offer nak bawak kami dua beranak ni tu yang pantas je mengikut. ngeh ngeh ngeh...

dan yang paling seronok skali musti la cik dania kita. mulut nye sangat bising. mula2 kitorang masuk khemah bunga. tak ingat le apa nama khemah tu. sebab banyak kan. tapi dalam tu banyak la idea2 hiasan bunga. memang cantek untuk sape2 yang nak kawen dalam masa terdekat ni. sebab bole dapat idea utk hias2 pelamin dan bilik pengantin.

uiishh...memang cantek bangat la. jeles je ngan orang2 yang sangat kreatif ni. abes je tawaf khemah tu kitorang jalan2 kat luar. laju je berjalan sebab nak kejar tengok bot berhias.

almaklum la kami ni orang besa2 je jadi tak dapek la nak duk bawah khemah VIP. hanya mampu menempel kat tepi khemah. agaknya dah jadi rezki kitorang dapat la gak duk bawah khemah VIP. itu pon sebab ada VIP yang dah blah dulu jadi ada la kerusi kosong.

btw, post ni sgt bosan sbb tak de gambar nak ditepek. ye la hubby tak de. ada la sket pic dania itupon dalam hp mimi.

tepat kul 10mlm, bermula acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api. dania memang terus diam tak kata apa2. sebab tak penah2 tengok bunga api duk meletup atas kepala. hihihi... kelakar je tengok aksi dia. ni kira kali kedua la aku tengok bunga api live. fes time dulu masa sambut new year. tapi yang kali ni lagi besar banding ngan new year.

oowhh...memang dania sgt amazed aar. hehehe... balik dari pesta flora tuh, dania sangat melapar. sume makanan dia mintak ummi dia ni siapkan. layan kan je la janji dia hepi.

sape2 yang blom pegi lagi tu meh la datang ke pesta flora ye. sangat best!

Tuesday, June 28, 2011

Kali Pertama Dalam Hidup Aku

Apa yang kali pertama nya dalam hidup tuh?

Jeng jeng jeng

Kali pertama aku bawak bekal masak sendri ke opis daaa...

hahahaa...itu pon baki masak dinner semalam. ngeh ngeh ngeh. tepuk tepuk untuk diri sendri.

lately ni aku dah jadi muak ngan makanan ruji aku-nasi.

rasa dah tak boleh nak selalu telan. bila masuk hari bekerja je, memang mood makan tu tak berapa nak ada. kadang2 skip lunch. cam semalam. balik dari keja terus melepek. lapar sangat tapi tak tau nak makan apa. sampai la wat keputusan nak masak spaghetti.

uurmmm...best jugak ek sarap dengan homemade cook ni. lenkali bole cuba lagi. Insya-Allah.

Monday, June 27, 2011

Harga Barang Dah Naik, Adakah Kita Menyedarinya?

Isu kenaikan harga minyak RON95 memang dah lama berdegar-degar. Tapi setau aku tak naik lagi. Taaaapppiii kenapa harga barang lain dah naik mencanak2?

Aku memang tak puas hati. Meh sini aku senaraikan beberapa barang yang dah naik harga.
Antaranya ialah:

1. Susu Enfagrow 3 tahun ke atas pek kembar dulu harga siling Rm75++ skang dah RM81++.
2. Vitagen dulu RM3.99 skang dah RM4.20.
3. Udang saiz besar dulu RM19/kg skang dah jadi RM21/kg.

Apa dah jadi nih? Aku tak kira. Aku tekad nak bising ke Kementerian berkenaan. Ini dah terlalu melampau. Dengan kenaikan harga barang berkenaan memang tak padan dengan pergerakan gaji tahunan aku wei!Cuepacs plz do something!

Kenapa zaman Tun Dr Mahathir dulu tak de situasi macam nih? Tolong pak menteri jangan nak bagi alasan ini disebabkan kenaikan satu dunia.

Wednesday, June 15, 2011

Masa berlalu dengan pantas

Errkk...lama betoi aku tak update blog nih.

Bnyk cite yg tak tercite kat cni. nanti la aku marathon ye. may be masa aku berpantang nanti kot baru ada masa yang lapang dan tenang untuk bercerita.

ye la nak bercerita musti ada feel kan.

btw, aku sangat risau skang ni. sebab aku tersangat rileks dengan pregnancy kali ke 2. berbanding dengan kawan aku Ujie yang sangat gigih, aku ni lepak sangat.

Aku tak rancang lagi barang apa nk beli.

Tak basuh lagi baju baby.

Tak packing lagi barang baby dan beg ibunye.

Tak rancang perbelanjaan lagi.

Bila kita beranak hujung tahun, kena aware dengan perbelanjaan nak beraya (walaupon aku tak beraya tapi baju Dania kena beli gak) dan most probably we r moving to our own house by end of this year. phew!

Serabut tak rasanya?

Tu blom kira lagi hal2 opis yang menyesakkan. Opis aku pon nak kena pindah. Uwwwwaaaa...rasa nak nanges je.

Btw, sampai la ni aku tak gi register hospital mana nak bersalin. Aritu nye percubaan gagal. Macam2 kes. Hopefully next appointment ni tak de masalah lagi la.

Ok will update more stories. See ya!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke-3 Dania Ziyad

Happy Birthday To You, Dania Ziyad.

Ummi yang sgt teruja nak wish awal. Ye la Dania kan lahir pukul 10.oo pagi. hehehe...

Untuk hari ini Ummi akan belikan kamu kek kucil dulu ye.

Maklum le di tengah2 bulan ni poket Ummi sgt ketat. muahahha!

Kita extend sambutan besday kamu ketika kita sekeluarga bercuti di Langkawi. Bila tuh?

Minggu depan je pon. hehehe...

Ok la. Ummi nak sambung keja. Nanti kita celoteh lagi ye.

Thursday, April 7, 2011

Pengalaman Ziarah Jenazah

Elok je dapat call dari mama minta aku wakilkan family aku ziarah jenazah Makcik Zawiyah, aku pon cepat2 dapat kan approval bos untuk keluar sekejap. Walaupun keja gomen tapi tak bermakna bole kuar sesuka hati ye. Siap kena isi borang lagi.huhuu...

K nak share gak pengalaman kali ke-2 aku menziarah jenazah nih. Fes time dulu masa arwah Wan Teh (side hubby).

Kali ni agak sebak sebab keluarga arwah memang rapat ngan famili kitorang. Jadi sampai2 je umah dah lengang sebabnya jenazah dah bawak ke masjid. Aku sampai je derang tengah mandikan.

Siap mandi Ustaz tu pon announce. Ada penerangan tapi sangat ringkas. Ustaz tu cakap macam ala2 nak mengajar orang menguruskan jenazah. Memang bagus la. Jadi bila ada kematian harus 4 perkara wajib ni kita kena buat iaitu:

1. Mandikan jenazah
2.Kafankan jenazah
3.Sembahyang jenazah
4.Tanam dan bacaan talkin

Alhamdulillah aku berjaya melalui semua tuh. Tapi ada gak perkara yang aku terlepas pandang dan nak kena belajar lagi. Ye la walaupon dapat tengok je cara orang mandi dan kafankan tapi pada aku tu pon dah cukup baik. Sekurang2nya kita belajar dulu melalui melihat dan kendian cuba praktikkan.

Mungkin ini pengalaman kali ke3 bagi keluarga arwah jadi sume benda nampak teratur dan sangat licin berjalan.

Jenazah arwah disemadikan di tanah perkuburan seksyen 21, shah alam. kat sini gali dan tanam jenazah menggunakan JCB/bulldozer/apa2 seangkatan dengannya. jadi sangat mudah dan jimat masa.

di akhir2 bila mana sume orang dah berangkat nak balik, satu2nya anak perempuan arwah yang masih tak mampu nk berganjak. aku jadi sebak dan hiba bila tengok keadaan dia. terus aku dah tak keruan bila membayangkan aku di tempat dia.

dan terngiang2 kata2 Ustaz yang besa kita dengar,

sesungguhnya mati itu benar, seksaan kubur itu benar, akhirat itu benar.

dan bila mana derap tapak kaki melangkah meninggalkan kubur maka datanglah malaikat munkar dan nakir datang kepada kita...


Tuesday, April 5, 2011

Kematian

Ni berita memang fresh lagi. Salam takziah kepada arwah sepupu mak aku.

Tak sangka dia akan pegi secepat ini. Baru je mama n abah pegi melawat arwah. Dan pagi tadi arwah dah selamat hembuskan nafas yang terakhir.

Selama ni arwah memang sangat kuat. Perjalanan hidup arwah penuh ngan liku hasad dengki orang sekeliling. Sudah menjadi kebiasaan di kalangan orang kita kalu dengki je pegi bomoh2kan orang. Arwah memang dah lali ngan macam2 rupa dan bentuk mainan syaitan. Tapi tak sangka kali ni arwah tewas. Sebab yang kali ni memang dahsyat. Aku pegi melawat dia aritu masa pertengahan bulan 2 nampak susut benar badan dia. Tinggal tulang sahaja. Hilang sudah badan nya yang pernah berisi dulu.

Salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Tiadanya arwah di dunia ni memang amat terasa.


Tuesday, March 22, 2011

Previous Check Up

Check up minggu lepas memang rasa best sangat. Sebab tak sampai 2 jam je sume dah selesai! hihihi...mana taknya minggu lepas kan cuti skolah. jadi tak perlu beratur dengan check up kanak2 ribena. Cam tu la suasana bila cuti skolah di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa memang akan ambil kesempatan untuk bercuti. Jadi memang mana2 pejabat pon akan merasai suasana lengang sama seperti sekolah ok.

Pregnant kali ni memang sangat berbeza btol la. Mana taknya bila test hb, bacaan rendah. Dah le last month pon atas pagar. Kali ni bawah pagar terus. aiseh!

Bila borak2 ngan nurse tu, baru la tau kenapa bole mengalami hb rendahnya. rupa2 nya mak ni tak makan sayur dan minum susu. huhuuhu...

Siyes memang mak buyung kali ni memang tak dapat nak telan kedua2 makanan. Tapi skang tengah berusaha untuk cuba gak telan. Sebab bila interview sume orang memang ada pon yang mengalami hb rendah gak. siap lepas bersalin pon kena g check hb tiap2 minggu. pengsan!

Apapon akan cuba diusahakan jugak. chaiyyookk! nurse ada cakap hb rendah ditakuti akan berlaku pre mature, kekurangan oksigen, anemia dan etc...

Ok baby. Ummi skang memang sedang mencuba untuk kembali minum susu. Esok memang Ummi akan mengusung susu enfamama tu ke opis untuk dipaksa minum. sama cam Ummi mengandungkan kakak kamu. Insya-Allah.

Monday, March 21, 2011

Terkena

Si kucil Dania yang dah pandai mengenakan orang. Budak kecik ni memang cepat je tangkap apa orang cakap.

1
Ummi: Dania, tak boleh makan kat atas katil nanti sepah.
Dania: Ummi boleh makan? (sambil mata tajam tengok Ummi tengah mengunyah)
Ummi: Ok la. Dania boleh makan tapi tadah tangan ye(mode mengalah). Tak mau sepah2. Dania: (terus buat aksi menadah takut makanan jatuh atas katil)

2
Ummi: Meh, sayang Ummi.
Dania: (kiss dua2 belah pipi Ummi)
Ummi: Cakap apa kat Ummi?
Dania: saaayaaang Baba (sambil sengih2 ngelat)

hahaha...hampagas sungguh. kiss Ummi bole plak sayang Baba.



Friday, March 18, 2011

*onet

Selasa baru2 ni cam besa la balik keja terus pick up Dania. Selalunya bila nak kuar dari umah pengasuh tu ada la borak2 sket. Kekadang tu pengasuh Dania yang ringan mulut bercerita.

Dan seperti besa dia bagitau kalu nak start minggu je musti Dania bad mud. Pengasuh dia ajak borak pon dia buat bolayan. Tapi ada sekali tu pengasuh ni yang memang sgt penyabar tanya Dania satu soklan "Dania, ini apa?" sambil tangan tunjuk anu *rfan (kanak2 yang sama diasuh).

Dania bole jawab "tonet!".hahahahaha! terus pengasuh dia terkujat. sebab dalam banyak2 soklan pengasuh dia tanya, hanya soklan tu je dia jawab. Siyes kitorang tak penah sebut perkataan tu depan2 dia. tak tau la ngan sape Dania ni blaja.

Balik je Baba daripada keja, aku pon melapor la. Baba pon bagi komen. "Dania lenkali tak mau sebut lagi ye". Dania pon wat muka masam cam marah kat Ummi dia bila bercerita bab tuh. tak tau la samada dia marah ke atau malu. apa2 je la.

Haii...sedar tak sedar dah banyak btol perkataan Dania dah blaja.

Daripada umur 1 setahun tak bercakap langsung, 2 tahun baru bukak mulut dan skang macam2 perkataan dah Dania bole sebut.

Ni baru tak brape kawan. Kang dah besar nanti macam2 ko blaja ye nak. adeh...

Monday, March 14, 2011

Cerita Semalam

Wiken yang lepas adalah sangat memenatkan. Di Malaysia, bila cuti sekolah je kenduri kawen adalah sangat wajib. Tahun ni adalah tahun kenduri buat keluarga aku dan hubby. Yang baru selesai kenduri adik pompuan dia. Fuh, sangat memenatkan. 3 ari woo kitorang kerja keras.

Jumaat acara bernikah. Sabtu acara kenduri belah pompuan. Ahad acara kenduri belah lelaki.

Kali ni rasanya tak berapa well organized. Agaknya sedara mara pon dah penat. Mana tak nye in-law aku ni asek dapat menantu iaitu dengan kadar 2 kali setahun. hehehehe...

Yang aku nak cite ni pasal rombongan kitorang ke belah pengantin lelaki. Ada kisah yang memang tak bole blah. hahaha...(blom cite suda gelak)

Owh...sblom tu kena cite gak latar belakang tempat kenduri ni. Biras aku ni anak felda. Jadi paham2 je la ye. Stail kenduri kat felda, derang merewang sampai 3 ari 3 mlm. Memang meriah. Siap ada pertandingan karaoke. Hamper besar2 ngalahkan dinner opis aku.

Jadi sampai je rombongan kami, yang menyambutnya DJ. Memang nak tergelak tengok stail DJ ni. penuh semangat dia berceloteh. Yang tak tahannya bab adik ipar aku nganjin psl DJ ni. Ye la bayangkan kami ni tetamu, dok melayan lauk sedap rewang tu bole suara dia terpekik2 kat blakang kitorang. memang potong mood la. Pastu skema plak tuh. Tak pandai nak ikut situasi. Nak ikut sgt ngan aturcara derang.

DJ tu simpan misai tau. Taapii bak kata adik ipar aku "orang lain simpan misai lentik ke atas, DJ ni simpan misai lentik ke bawah"

Pastu pasang lagu sume oldies, like S. Jibeng, Ahmad Jais n etc...(teringat ayah chura yg sgt suka lagu2 ni). Ceh nyanyi bukan kemain macam2 syle, macam le org tak tau DJ tu yang nyanyi. hahahaha...tensi jek. Mana tak nye dia sorang konker microphone tuh.

Masa nak announce kedatangan rombongan kitorang, DJ tu cakap memang laju. Adik ipar aku cakap DJ ni bercakap macam orang nak terkencing. Satu hapa tak dapat nak tangkap.

Elok je kitorang nak lepak kat pelamin amek gambar kan, bole plak DJ tu sibuk nak buat acara penyampaian hadiah karaoke. Terpaksa la kitorang yang tetamu ni tggu je. Tengah panas2 tu pengantin kena sampai kan hadiah.

Aku rasa DJ tu memang agak lupa diri bila dia dapat pegang microphone tuh. Sgt teruja gamak nye. hahaha...sampaikan tak sensitip langsung dengan situasi.

Jadi nasihat aku sape2 yang nak upah DJ tu bawak2 le pesan ye. Tak kisah pon kalu tuan rumah dah ada aturcara, protokolnye perlu pentingkan orang yang dirai. Bila sesuatu event tu ada DJ, sesetengah penganjur ni jadi terikat ngan DJ. ikut je apa DJ tu buat. Kekadang DJ tu lebey sudu daripada kuahnya.

Apapun hakikatnya bak kata pepatah "Lain padang Lain Belalang Lain Tempat Lain Ragamnye"

Yeah...satu kenduri suda selesai. Another two is coming. Kenduri adik laki aku bln 9 ni dan kenduri sepupu hubby bln 11 nanti. adeh...

P/s: Lupa nak tulih kat cni. Bila dah balik daripada kenduri tu kan, tengah kitorang duk sok sek psl DJ tu, hubby mencelah. Dia bgtau la anak DJ tu penah menang RM50k dari Jangan Lupa Lirik. So apa kena mengenanya?Yg menang anaknye. Ke nak proof kan "Like father Like Son?" hahahaha...

Bila dah hubby cakap cenggitu. Aku dah start cuba pk2 agaknya ada tak anak dia yang menang Jangan Lupa Lirik tu kat kenduri smlm. Sebab aku pasan ada 2 minah yang mekap tebal cam artis kat sebelah DJ tu. ahhahaha...sungguh keji kitorang ni kan.muahahahha...

Oopps...terpanjang p/s note aku nih.


Wednesday, March 9, 2011

:: Menghitung baju ::

Huhuhu...nak kata perut dah kembang tak de la sangat. Taaapiii punggung yang terlebey2 kembang.

Hari-hari dah jadi bingung nak pakai baju apa. Nak start pakai baju mak buyung rasa cam over la plak. Sebab perut tak berapa nampak lagi. Rasanya pasni dah kena start sort out baju kurung yang masih bole dipakai. mana yang dah rasa tak berapa selesa tu kena ketepikan. jadi tak de la pening di pagi hari.

Itu baru cite baju kurung yang sedia ada. Cite baju mak buyung plak. Adeh...

Kalu orang lain may be tak de la nak kena beli baju baru bila dah mengandung kali ke 2. Kes aku ni lain. Sebab separuh daripada baju yang ada tu memang tak berapa seswai utk pakai ke pejabat. Tau aje la kan opis gomen. Seluar memang tak dibenarkan. Yang bole pakai hanya SKIRT.

Nak wat cane. dulu mengandung yang pertama keja swasta memang sedap belasah pakai seluar. hehehe...tambah lagi dengan aku yang tak berapa minat pakai jubah/overall. laaagii laa.makanya terpaksa le sediakan bajet sedikit untuk bajet baju baru. hehe...apa lagi jom kita layan shopping baju baruuuuu.

Friday, February 25, 2011

Last Nite Dinner

Seperti yg dirancang mlm tadi kami sekeluarga kononnya nak makan yong tau fu kat pandan indah. Hubby le yang paling beria-ia nak promo kat kitorang berdua. hehehe...hubby cakap bila dia tau je kedai tu wujud lagi, memang rasa tak sabar2 nak pekena makanan tuh. katanya tu kedai yong tau fu faveret satu family derang masa duk kat Jalan Davis.

Jadi semalam kitorang gerak kul 8++ sbb pk kan nak elak jalan sesak. Sampai je kat kedai tuh, dah terbau kuah yong tau fu. memang betol2 naik bau. seumur idup aku tak penah jumpa kuah yong tau fu macam tuh. ok itu baru bau je. Sekali tauke kedai tu sound kitorang "Maaf kak, yong tau fu dah abes".huhuhu...hancus hati kitorang. aduh...Hubby le yg paling frust skali. End up makan je la nasi lemak yang ada gak derang jual kat kedai tu. Nasib baik le nasi lemak tu tak mengecewakan.

Dah terlepas nak makan kali ni, next trip hubby cakap nak pastikan kitorang dapat makan gak. Jadi tanya punya tanya kat tauke kedai tuh, dia cakap kedai dia dah bukak 11.00 pagi - 9.00 malam. Pastu hari jumaat je tutup. ngeh ngeh ngeh. Jadi bole la on weekend kitorang menyinggah kat cni. Sbb mlm td bila dah sampai umah, adoooiii terasa badan ni penat. Mmg aku hentam tdo sepanjang perjalanan balik. Dania plak bole bersengkang mata. sampai kan nak g stesen minyak pon cancel sbb dah ngantuk sgt. Siyes penat.

Entry ni pon mmg tak de piccas la ye sbb tak dapat makan.huhuhu...kita tunggu plak entry makan2 nanti ye.

Tuesday, February 1, 2011

CNY break

Saya suda terbau2 nasi berlauk waktu pagi...

Erm...air buah Kadok yang manis di tepi jalan...

Kedai bundle di sepanjang jalan...

Ikan gelama kering yang saya suda order nanti nak goreng sket wat mkn waktu lunch/dinner...

hehehe...

yeah...kami akan balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk cuti tahun baru cina.

tak saaabaar nyea.

Monday, January 31, 2011

Persiapan Berpantang

Tajuk entry tak agak2 kan. hehehe...padahal baru je mengandung 3 bln ++. Macam aku dah cite kat entry lepas, aku dah sah2 akan berpantang masa bulan puasa. Semalam mak aku dah khabarkan berita yang tak berapa best. Mak aku cite dia ada bertembung ngan nenek ni (nenek-tukang urut). Nenek tu bagitau yang dia mungkin tak berapa kuat nak mengurut orang berpantang masa bulan puasa. Bukan apa, bila mengurut waktu malam, dia takut tak larat. ye la dah puasa siang hari, malam nye dia akan rasa ngantuk. Mak aku bila dengar macam tu memang seriau aaar. Terus dia teringat cerita yang penah sekali ada kes tukang urut yang mengantuk tu bole terlepas batu tungku spi terhempas kena perut orang yang diurut. huhuhu...

jaaadiii...skang ni aku mula kena cari tukang urut lain. Mak aku tak abes2 suh amek tukang urut Indonesia. haih...aku tak berkenan ngan derang ni sebab tak pandai bab tungku. Ye la bertungku ni kan amalan orang kita je. Derang mana le nak ada tungku2 ni. Yang derang handal bab tepek2 segala mak nenek jamu. Awal2 dulu pantang aku dah terkena dah. Sebab mak aku dah beria2 sgt, jadi aku layan kan je la. memang tak puas cara derang urut. Tu yang aku amek nenek tadi tu. Lagipon nenek tu orang Kelate.

bila dah kena masalah cenggini, dah terbayang2 dah situasi yang tak berapa best. satu memang dah sah2 bajet mengurut lari. ngan nenek tadi dapat rega murah je. kalu cari orang lain ni confirm la mahal. nak wat cane sape suh p timing bersalin masa bulan pose kan. hahahaa...

tak pe la. sekurang2nya masalah ni dah tau dari awal2 lagi. jadi aku nak mulakan pencarian tukang urut dari sekarang. rasa2nya perlu ada sesi audition tak? hihihihi...

Monday, January 10, 2011

At Rabbit Fun Land~~


Hi guys!

Tarikh : 8hb Januari 2011
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: P.T. 133 & 134, Batu 26, Jalan Balan, Mukim Beranang, Selangor (nak senang kenal tempat ni btol2 kat port parking nak naik Bukit Broga)
Kos: Perjalanan dari Putrajaya dlm. 30min, per entry Rm5(entitle 1 palet makanan), sebunjut makanan binatang(ada lobak, epal dan palet makanan) Rm10~~btw, ada juga derang offer pakej Rm50 entitle sume di atas tu termasuk ngan lunch.

Ini lah aktiviti kami untuk wiken yang lepas. Yang paling teruja sekali of course le my hubby & lil D. Hubby teruja nak amik foto guna dslr baru dia dan lil D plak teruja nak main2 ngan arnab. Aku? hahaha...aku ni penakut sket ngan binatang. tak kira kecik ke besar ke aku memang penakut banyak. muahahaa....mula2 lil D pon agak takut2 gak sebab arnab ni mmg jinak. sume pakat2 kerumun dan cium2 kasut n seluar kitorang. rasa geli geleman jek. aku siap jerit2 lagi.nasib baik le kitorang je yang konker tempat tu jadi tak de la segan sgt. hihihi...lama2 sket baru la dah selesa. dah mula berani kasi arnab makan. lagipon arnab tu sume nmpk cam dah kenyang jek. sebenarnya ada jek binatang2 lain kat fun land nih. ada monyet, kuda, rusa, kambing, lembu dan biri2. apapun main attraction kat cni adalah arnab ye.
Kasi spesel pose sket.
Lil D bz like a bee wif her new pets.

Ni pic yang aku paling suka bangat! lil D sgt khusyuk dengan arnab2. siap bercakap2 lagi dengan arnab. hahaha....kelakar. nyesal plak tak wat video. cute kan?

Tangan tembam lil D suap epal kat arnab



Time to say goodbye to rabbit.

Next, we move to horse station. huhu...binatang yang aku paling kureng gemar. ada sepasang dalam kandang tuh. yang sekor kat bawah ni asek merengus2 je. seram je kalu kuda ni naik amuk. jadi tugas feeding tu aku pass kat hubby je la. muahahha...


Pic atas dan bawah ni sesi mengajuk kuda makan. hihihi...



Shaun The Sheep for Real.

End-lil D dah ngamuk nak balik. tak moh posing2 dh. dan perut pon dah menyanyi lagu keroncong.

Trip ni sangat best. sebab murah dan puas hati-mana taknye kitorang je 3 beranak dalam ladang tuh. Btw, kat ladang ni memang ada disediakan restoran yang menghidangkan sate arnab dan juga makanan2 lain. tapi sebab kitorang dah plan nak makan tempat lain jadi tak dapat le nak food review untuk korang. siap ada jual nangka organik reganya Rm12 sepeket. sepasang arnab baka baik punye dijual pada rega Rm380(agak mahal gak kan tapi org tu bgtau arnab derang ni confirm beranak pinak dalam 6-8 ekor). tuan punye ladang tu ada wat pesanan penaja untuk korang sume-hari raya cina ke3 ladang ini dibuka untuk korang serbu. hehehe...

Thursday, January 6, 2011

rimas

setiap ari aku rasa rimas dengan diri sendri.

sebabnya rimas tak de selera nak makan. perut lapar tapi bila hadap makanan tu je aku dah rasa muak dan loya.

pastu plak teringin nak makan kat The Loaf, tapi rasa tak baloi kalu pegi dalam keadaan skang. bayar mahal last2 ke tong sampah makanan tu nanti.

tu blom lagi waktu nak makan tengahari. muak dah ngan makanan kat cafe bawah. dah tak tau nak makan apa. sudahnya paksa kan diri gak makan. kalu tak petang nanti tangan menggigil kelaparan. jadi nak tak nak memang perut ni kena isi ngan nasi.

untuk makan malam memang tak bole terima nasi. jadi makan je la roti ke apa2 yang ringan janji perut terisi. dah banyak kali cubaan untuk makan last2 seciput je aku makan. tu pon lepas makan aku akan muak dan melepek kat sofa.huhuhu...


aduhai rimas btol. bila la perasaan ni akan berakhir. tanya kengkawan lain ada la sorang tu cakap dia pon morning sickness lebey kurang sama ngan aku. ada la 4 bulan berkeadaan cenggini. uwaaaa...aku?huhu...tak tau la brape lama. ni tgh duk menghitung hari. rasa cam makin ari lagi teruk ada la.

tak pe la. doa aku harap2 dapat bertahan dengan keadaan cenggini. chaiyook!